Thursday, 14 October 2021

Apa sikap yang sepatutnya sebagai kawan


Untuk menjadi kawan yang baik dan untuk mengekalkan persahabatan sepanjang hayat ada beberapa sikap yang perlu kita ambil jika kita mahu ianya menjadi persabatan yang sejati. Persabatan sejati berasaskan kesetiaan dan akhlak yang baik. Ianya juga diasaskan berdasarkan kasih sayang dan pengorbanan. Diantara sikap-sikap yang perlu ada adalah:-

 i. Senang didampingi

Tangung jawab memiliki seorang kawan ialah memberi masa anda kepadanya. Jangan mengelak bila kawan anda ingin mendampingi anda. Sebagai kawan anda sepatutnya senang dihubungi dan didampingi.  Sebaliknya  sentiasa bersabar jika kawan anda sibuk dengan urusannya.  Anda harus memahami dan jangan mendesaknya.

ii. Menyokong kejayaan kawan

Memanglah kadang-kadang anda rasa tak selesa melihat kawan anda berjaya dan meraikan kejayaannya. Kita mungkin lebih selesa menolongnya ketika dalam kesusahan. Namun seorang kawan yang baik hendaklah secara ikhlas meraikan saat-saat gembira kejayaan kawan anda. Jangan ada rasa iri hati melihat kejayaan kawan anda. Meraikan kejayaannya adalah merupakan satu penghargaan buat kawan anda. 

iii. Meraikan kawan 

Anda mungkin dengan mudah mengabaikan kawan atas alasan sibuk namun sebagai kawan anda sepatutnya membuat kawan anda diraikan dan selesa di rumah anda. Jangan buat dia seperti berurusan di sebuah pejabat dengan rasa gelisah dan ingin selesaikan urusan dengan segera. Layani kawan anda sehingga dia "Feel like home"

iv. Bertanya soalan

Bertanyalah  soalan-soalan mengenai diri kawan anda sebagai tanda anda berminat ingin mengetahui menenai dirinya. Berbincang dan bertukar fikiran. Namun anda perlu pastikan bahawa anda tidak mendominasi perbualan. Anda perlu memberi banyak ruang kepada kawan anda untuk bercerita dan memberi pandangan. Sekiranya anda monopoli perbualan akhirnya dia menjadi bosan dan akan mencacatkan persahabatan.

v.  Bersikap positif

 Semua orang mempunyai saat-saat tegang dan sukar. Namun kebanyakan dari anda tidak menyukai orang yang suka mengadu rasa tak puas hatinya. Selalulah bersikap positif  Janganlah semua perkara buat anda rasatidak bepuas hati. Jangan sampai sikap suka merungut anda menjadi suatu tabiat, Ini akan menyebabkan kawan-kawan jadi tidak selesa.

vi. Sokong kawan anda

Kawan yang baik sentiasa menyokong kawannya kerana mereka mengenali satu sama lain secara mendalam. Kawan baik akan membantu kawannya sebelum ia memintanya malah kawan yang baik akan membantu tanpa disadarinya. Kawan yang baik sentiasa ada saat anda memelukannya. 

vii. Elakkan konflik

Untuk mengekalkan persahabatan yang baik kawan hendaklah mengelakkan  berbincang isu yang sensitif iaitu isu politik dan agama. Berbincang isu ini akan membawa  sampai ke tahap bertegang leher kerana masing-masing ada pendirian. Melainkan anda pasti kawan anda mempunyai pendirian yang sama dengan anda.

Jangan bercerita apa-apa yang buruk mengenai kawan kepada kawan anda , mengenai pasangnnya atau anaknya. Sekiranya ada kawan lain cuba bawa cerita buruk menenai kawan kepada kawan anda, tentang pasangannya atau anaknya segera tukar tajuk perbualan.

Bila kawan telefon anda pelu sambut dan jawap panggilan. jangan mengelak atas alasan sibuk. Jika itu berteusan akhirnya dia mungkin tak mahu telefon lagi akibat rasa tersingung. 

Elakkan berbincang dan mengajak kawan anda menyertai perniagaan kecuali anda meminta dan kawan anda besetuju bebincang. Jangan beri kawan anda pinjam wang atau barang melainkan anda rela memberi kepadanya jika dia tidak mampu bayar atau pulangkan. 


Perkara-perkara di atas adalah sebahagian tips yang dapat membantu mempekukuhkan persahabatan jika diamalkan. Namun sebuah persahabatan tidak sunyi dari konflik tetapi kalau diurus pasti dapat dirungkaikan. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan sebuah persahabatan.

No comments:

Post a Comment