Tuesday 26 October 2021

10 hadiah Berharga Buat Ibu

 

Apabila ibu sudah tua dan  mempunyai anak-anak samada tinggal berdekatan atau berjauhan , dia sentiasa mengharapkan anak-anak sentiasa ada disampingnya. Tetapi anak-anak yang telah dewasa masing-masing mempunyai komitmen sendiri. Mereka ada tanggungjawab mencari nafkah dan menjaga keluarga. Diusia emas jiwa ibu sangat sensitif dan merindui suasana semasa anak-anak sedang membesar. Susana itu tidak mungkin kembali lagi namun anak-anak boleh menghiburkan ibu dengan beberapa kaedah.  Menurut Rizky Banjary dalam bukunya "I love you mom" untuk menghiburkan hati ibu yang kesepian ada tidak kurang 10 hadiah buat ibu yang boleh  membuat dirinya gembira. Beliau mencadangkan anak sering hadir menziarahi ibu, selalu senyum jangan bermuka masam, membantu ibu, mengurut ibu, selalu ucapkan terima kasih dan memujinya. Juga mendoakan ibu setiap hari.

Hadiah 1: Kehadiran anak.

Tidak kira anak-anak tinggal jauh atau dekat kehadiran anak-anak sangat diharapkan. Walaupun tinggal dekat dengan ibu kesibukan kadang-kadang menebabkan anak jarang hadir menziarahi ibu. Rancanglah kehadiran anak-anak ke rumah ibu sekerap mungkin. Semasa kita membesar ibu sentiasa ada disamping kita , malah ketika kita tidak sihat dialah merawat kita. Apa salahnya kita pula berkorban menziarahi ibu, kerana kehadiran kita itulah satu hadiah yang utama baginya. Apabila kita mengunjungi ibu janganlah datang sebentar sahaja. Sebolah-bolehnya tidurlah di rumah ibu. Bila anak-anak tidur rumah ibu ibu akan merasa anak-anaknya masih ada disampingnya. Terutamah anak-anak yang tiggal jauh dari ibu. Dikesempatan ini ibu daapat makan bersama anak-anak dan cucu-cucu. Gunakan ruang ini berbual dengan ibu kerana banyak yang nak diceritakan dan ibu juga ingin tahu perkembangan anaknya. Janganlah asyik melayan telefon dan gajet dan membiarkan ibu seperti keseorangn dan tidak diperdulikan. Juga jangan lupa bawa ibu berjalan-jalan dan makan-makan diluar. Ini akan membuat ibu besar hati dilayan seperti orang yang penting.

Hadiah 2: Senyuman

Apabila datang menziarahi ibu pastikan kita sentiasa tersenyum dan ceria. Bila ibu melihat kita tersenyum hati ibu rasa bahagia. Air muka yang mencuka akan membuat hati ibu rasa tak selesa. Jangan bawak masaalah keluarga atau kerja bila menziarahi ibu. Apa tah lagi perbuatan atau perkataan yang menyakitti hati ibu. Bawalah kegembiraan dan keceriaan bukan keluh kesah dan gundah gelana.

Hadiah 3: Membantu pekerjaannya

Apabila datang rumah ibu jangan datang sebagai tetamu tapi datanglah sebagia anak yang membantu meringankan kerja ibu. Sebaiknya kitalah masak untuk  ibu  bukan membiarkan ibu masak sedangkan kita bersantai di hadapan tv. Tolong basuhkan pakainnya dan membersihkan rumahnya.Ini dapat membantu meringankan kerja-kerja ibu sedangkan ibu sudah tidak kuat lagi membuat kerja-kerja ini. Jadikanlah hari kita datang menziarah ibu itu sebagai hari rihat baginya dan bukan sebaliknya.

Hadiah 4: Mengurut

Ambillah peluang mengurut ibu kerana ianya melegakan keletihannya. Diusia emas ibu mudah letih dqn sakit-sakit badan bila membuat kerja .Sentuhan dapat merasakan kasih sayang oleh itu mengurut dapat mengeratkan kasih sayang anak dan ibu.

Hadiah 5: Ucapan Terima kasih

Selama ibu membesarkan kita berapa kalikah kita mengucapkan terima kasih kepadanya. Sedangkan jasa dan pengorbanannya membesarkan kita tiada tolok bandingnya. Ucapan terima kasih  adalah satu penghargaan ke atas apa yang telah dia buat untuk membesarkan dan mendidik kita. ini adalah hadiah yang amat bernilai pada dirinya.

Hadiah 6: Pujian

Kadang-kadang anak-anak merasa mereka lebih bijak berfikir dan menjalani hidup. Tanpa sedar mereka merasa ibu mereka tidak sebijak dan berjaya seperti mereka. Ini membuat ibu merasa rendah dan ketingalan. Sedangkan disebabkan kehebatan ibulah mereka boleh berjaya menjadi diri mereka  sekarang. Bijaknya ibu mendidik dan mengatur perbelanjaan sehingga anak-anak boleh berjaya. Buatlah ibu bangga dengan memuji ibu terutama di hadapan ayah atau keluarga. Ceritakan kehebatannya berjimat, memasak dan kelebihan-kelebihannya mengurus keluarga. Pujian adalah penghargaan yang akan menambah kasih ibu. Jangan sekali-kali memperlecehkan ibu walaupun sekadar bergurau.

Hadiah 7: Mengalah

Sekiranya kita mempunyai pendapat yang tidak sehaluan dengan ibu elakkanlah bertengkar dengan ibu dan mengalahlah demi menghormati dan menjaga hati ibu. Bercakaplah dengan ibu dengan lembut dan bersopan santun. Dengan mengalah hati ibu menjadi lembut dan ibu dapat menerima perbezaan pendapat itu dengan lapang dada. 

Hadiah 8: Katakan " Saya sayang ibu"

Pernahkan kita mengucapkan kata-kata "Saya  sayang ibu" kepada ibu yang melahirkan selama kita hidup sekurang-kurangnya sekali?  Ucapan ini sangat bermakna sebagai satu peristiharan kasih sayang yang dinyatakan dengan perkataan. Walaupun kita sayang ibu namun amat berat untuk diperkatakan. Kerana itu kalau kita dapat menyatakannya ianya adalah sebuah hadiah yang sangat berharga.

Hadiah 9: Surat

Terkadang luahan rasa sayang, memohon maaf , pujian dan terima kasih terlalu berat nak diucapkan dengan pekataan. Pilihan lain yang kita boleh ucapkan dalam bentuk surat yang istimewa kepada ibu seperti  mengutus surat kepada kekasihnya. Kita boleh meluahkan dengan tanpa kekok apa yang ingin kita perkatakan. Sebaiknya surat dikirim dengan sampul yang cantik , surat yang mudah dibaca dan merendah diri. 

Hadiah 10: Doa

Hadiah paling penting ialah doa anak untuk ibu. Hendaklah kita sentiasa mendoakan ibu agar mendapat kesejahteraan , rahmat dan keampunan. Juga memohon dao agar ibu sentiasa sihat dan bahagia. Sebagaimna doa ibu ke atas anaknya mustajab , begitu juga doa anak ke atas ibunya. InsyaAllah.

Begitulah sebahagian langkah untuk buat ibu bahagia. Tidak kira apa cara pun selama kita boleh membuat ibu tersenyum ceria dan tidak menyinggung hatinya sebenarnya kita telah membuat ibu bahagia.


Thursday 14 October 2021

Apa sikap yang sepatutnya sebagai kawan


Untuk menjadi kawan yang baik dan untuk mengekalkan persahabatan sepanjang hayat ada beberapa sikap yang perlu kita ambil jika kita mahu ianya menjadi persabatan yang sejati. Persabatan sejati berasaskan kesetiaan dan akhlak yang baik. Ianya juga diasaskan berdasarkan kasih sayang dan pengorbanan. Diantara sikap-sikap yang perlu ada adalah:-

 i. Senang didampingi

Tangung jawab memiliki seorang kawan ialah memberi masa anda kepadanya. Jangan mengelak bila kawan anda ingin mendampingi anda. Sebagai kawan anda sepatutnya senang dihubungi dan didampingi.  Sebaliknya  sentiasa bersabar jika kawan anda sibuk dengan urusannya.  Anda harus memahami dan jangan mendesaknya.

ii. Menyokong kejayaan kawan

Memanglah kadang-kadang anda rasa tak selesa melihat kawan anda berjaya dan meraikan kejayaannya. Kita mungkin lebih selesa menolongnya ketika dalam kesusahan. Namun seorang kawan yang baik hendaklah secara ikhlas meraikan saat-saat gembira kejayaan kawan anda. Jangan ada rasa iri hati melihat kejayaan kawan anda. Meraikan kejayaannya adalah merupakan satu penghargaan buat kawan anda. 

iii. Meraikan kawan 

Anda mungkin dengan mudah mengabaikan kawan atas alasan sibuk namun sebagai kawan anda sepatutnya membuat kawan anda diraikan dan selesa di rumah anda. Jangan buat dia seperti berurusan di sebuah pejabat dengan rasa gelisah dan ingin selesaikan urusan dengan segera. Layani kawan anda sehingga dia "Feel like home"

iv. Bertanya soalan

Bertanyalah  soalan-soalan mengenai diri kawan anda sebagai tanda anda berminat ingin mengetahui menenai dirinya. Berbincang dan bertukar fikiran. Namun anda perlu pastikan bahawa anda tidak mendominasi perbualan. Anda perlu memberi banyak ruang kepada kawan anda untuk bercerita dan memberi pandangan. Sekiranya anda monopoli perbualan akhirnya dia menjadi bosan dan akan mencacatkan persahabatan.

v.  Bersikap positif

 Semua orang mempunyai saat-saat tegang dan sukar. Namun kebanyakan dari anda tidak menyukai orang yang suka mengadu rasa tak puas hatinya. Selalulah bersikap positif  Janganlah semua perkara buat anda rasatidak bepuas hati. Jangan sampai sikap suka merungut anda menjadi suatu tabiat, Ini akan menyebabkan kawan-kawan jadi tidak selesa.

vi. Sokong kawan anda

Kawan yang baik sentiasa menyokong kawannya kerana mereka mengenali satu sama lain secara mendalam. Kawan baik akan membantu kawannya sebelum ia memintanya malah kawan yang baik akan membantu tanpa disadarinya. Kawan yang baik sentiasa ada saat anda memelukannya. 

vii. Elakkan konflik

Untuk mengekalkan persahabatan yang baik kawan hendaklah mengelakkan  berbincang isu yang sensitif iaitu isu politik dan agama. Berbincang isu ini akan membawa  sampai ke tahap bertegang leher kerana masing-masing ada pendirian. Melainkan anda pasti kawan anda mempunyai pendirian yang sama dengan anda.

Jangan bercerita apa-apa yang buruk mengenai kawan kepada kawan anda , mengenai pasangnnya atau anaknya. Sekiranya ada kawan lain cuba bawa cerita buruk menenai kawan kepada kawan anda, tentang pasangannya atau anaknya segera tukar tajuk perbualan.

Bila kawan telefon anda pelu sambut dan jawap panggilan. jangan mengelak atas alasan sibuk. Jika itu berteusan akhirnya dia mungkin tak mahu telefon lagi akibat rasa tersingung. 

Elakkan berbincang dan mengajak kawan anda menyertai perniagaan kecuali anda meminta dan kawan anda besetuju bebincang. Jangan beri kawan anda pinjam wang atau barang melainkan anda rela memberi kepadanya jika dia tidak mampu bayar atau pulangkan. 


Perkara-perkara di atas adalah sebahagian tips yang dapat membantu mempekukuhkan persahabatan jika diamalkan. Namun sebuah persahabatan tidak sunyi dari konflik tetapi kalau diurus pasti dapat dirungkaikan. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan sebuah persahabatan.