Sunday 6 November 2022

Jimak Menyihatkan Badan

 

        

Jimak atau hubungan seks adalah aktiviti yang lumrah bagi pasangan suami isteri.  Ia merupakan fitrah bagi makhluk Allah khususnya manusia. Membincangkannya secara terbuka agak menjijikkan tetapi mempelajari mengenainya secara matang adalah berguna. Jimak mempunyai hubungan  yang saling berkaitan dengan kesihatan. Menurut Dr. Danial Zainal Abidin di dalam bukunya ' Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden' , kajian menunjukkan ketidakipuasan di dalam hubungan seks seringkali mengakibatkan sakit jantung disamping penyakit lain seperti 'migrane' dan radang sendi. Jadi unuk menjadi lebih sihat seseorang perlu melakukan aktiviti jimak lebih kerap dan dengan kepuasan sepenuhnya. 

            BHonline - Sihat pada 12 September, 2022 melaporkan bahawa hubungan seks boleh memanjangkan jangka hayat dan menjalani hidup lebih sihat meningkatkan imuniti , merendahkan tekanan darah dan menurangkan risiko kanser tertentu. Menurut Dr. Jeff Foster , Pakar Kesihatan Lelaki United Kingdom, 10 sebab seks penting untuk kesihatan iaitu  (i.) meningkatkan imuniti (ii.) meningkatkan libido (iii) kesihatan mental (iv) cegah kanser prostat (v) sebagai senaman (vi) Turunkan tekanan darah (vii) Tanda amaran (viii) awet muda (ix) Bahagia (x) Tidur nyenyak.

Meningkatkan Imuniti

Hubungan Seks dua kali seminggu meningkatkan imuniti kerana ia meningkatkan antibodi dan akan melindungi tubuh dari infeksi.Menurut Dr. Danial Zainal Abidin dari  kajian yang dibuat menunjukkan ketika syahwat memuncak badan seseorang mengeluarkan bahan kimia seperti enderphins yang berfungsi mencegah kesakitan dan mendatangkan ketenangan. 

Meninggalkan Jimak menurunkan Libido

Sekiranya terlalu lama tidak melakukan hubungan seks melebihi 12 minggu tahap hormon testosteron akan menurun menyebabkan hilangnya nafsu seks (libido). Ini sesuai dengan  kenyataan Imam Mohammad Zakaria bahawa, "Sesiapa yang lama meninggalkan jimak akan lemah urat saraf dan kemaluannya".

Menstabilkan Kesihatan Mental

Menurut Dr Jeff Foster lagi, kajian menunjukkan individu yang aktif secara seksual kurang berdepan kemurungan dan keresahan serta mampu menguruskan tekanan harian secara lebih baik. Peningkatan hormon gembira dalam tubuh boleh membantu meningkat toleransi pada kesihatan. Fungi seksual yang baik meningkatkan hormon gembira.

Dapat mencegah masaalah prostat

Menurut laman web the Asianparent.com pada 2003 satu pasukan penyelidik dari Australia membandingkan kekerapan ejakulsi kira-kira 2,300 orang lelaki.Separuh dari peserta kajian ini telah didianogsis dengan kanser prostat. Mereka mendapati perbuatan ejakulasi 5 -7 kali seminggu boleh mengurangkan kemungkinan kanser prostat 36% berbanding yang berejakulasi sebanyak 2 kali seminggu. Kesimpulannya risiko kanser prostat dapat dikurangkan bagi mereka  yang aktif dalam seks. 

Hubungan seks sebagai senaman 

Jimak atau hubungan seks adalah suatu senaman. Menurut laman web The Asianparent semasa hubungan seks selama 25 minit bagi lelaki akan membakar 100 kalori, manakala  bagi  wanita 69 kalori dalam tempoh yang sama.

Mengurangkan tekanan darah

Aktif dalam hubungan seks akan menyebabkan lonjakan hormon testosteron semasa hubungan seks boleh mengurangkan tekanan darah. Hubungan seks dapat memicu pelebaran pembuluh darah, peningkatan pengiriman oksijan dan nutrisi ke sel-sel tubuh , sekali gus menyebabkan penurunan tekanan darah.   

Tanda amaran kesihatan

Disfungsi erektil (mati pucuk) boleh menjadi petanda aliran darah yang tidak baik dan masaalah pada jantung . Bagi yang mengalaminya penting untuk mereka membuat pemeriksaan kesihatan. 

Awet muda

Hubungan seks membantu memanjangkan jangka hayat dan menjalani hidup lebih sihat dengan meningkatkan imuniti, merendahkan tekanan darah dan menurunkan risiko kanser tertentu. Menurut Dr. David Weeks dari Hospital Royal Edinburgh, yang membuat kajian selama sepuluh tahun berhubung kesan seks ke atas kesihatan mendapati mereka yang mengadakan hubungan seks lebih kurang tiga kali seminggu kelihatan sepuluh tahun lebih muda daripada mereka yang lain. 

Menjaga kesihatan jantung

Menurut laman web AloDokter.com kajian menunjukkan bahawa lelaki melakukan hubungan seksual dua kali seminggu memiliki risiko lebih rendah menderita penyakit kardiovaskular berbanding dengan lelaki yang jarang melakukan hubungan seksual. Selain dari itu  manafaat hubungan intim juga dapat meningkatkan degup jantung serta menjaga keseimbangna kadar hormon estrogen dan testosteron yang penting untuk menjaga kesihatan jantung.  

Nyenyak tidur

Apabila hubungan seksual mencapai klimaks menurut Dr Jeff Weeks akan menyebabkan mengantuk dan nyenyak tidur akibat  pengeluaran hormon dopamin. Dalam kajian yang lain melaporkan setelah orgasme hormon prolaktin dikeluarkan menyebabkan rasa relaks dan mengantuk sehingga anda akan cepat tidur dengan nyenyak. Ini  menyebabkan daya tahan tubuh dan energi meningkat. 

Demikianlah manafaat dari Jimak atau hubungan seks bukan sekadar ianya suatu nikmat tetapi memberi faedah sampingan dari segi kesihatan fizikal dan mental. Sekiranya kita mengamalkannya dengan baik dan mengikut cara yang menurut pakar-pakar kesihatan kita bukan saja akan mendapat kepuasan seks malah tubuh badan yang sihat. Walaubagaimana pun ianya hanya boleh dicapai dengan syarat kita mengamalkan cara hidup yang sihat.

 

Rujukan 

1. Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden
    Dr. Danial Zainal Abidin
2. BHonline - Sihat ,12 September, 2022
3. theAsianparent.com
4. AloDokTer.com