Sunday 30 October 2022

Pengajaran Dari Kisah Lucu

 

 

 

Lawak 1 : Sibuta Mengenal Gajah

Beberapa orang buta dalam sebuah kampung mendengar berita seekor gajah jinak ditunggang masuk ke kampung mereka. Mereka sangat ingin tahu bagaimana rupa gajah tersebut. Tiga orang buta pergi kepada gajah tersebut cuba meraba-raba gajah tersebut untuk menceritakan bagamana rupa gajah tersebut kepada kawan-kawan mereka. Sibuta pertama memegang dan meraba kaki gajah. Dia merasa kaki gajah seperti tiang besar , kesat dan lembut. Sibuta kedua pula memegang dan meraba gading gajah . Dia merasa ianya panjang seperti galah, keras , tidak kesat dan licin. Manakala sibuta ketiga memegang dan meraba telinga gajah. Dia merasa seperti kulit yang terkembang seperti dulang. Sekembalinya mereka ke kampung mereka menceritakan gambaran mereka mengenai gajah tersebut. Sibuta pertama mengatakan gajah itu seperti tiang besar yang teguh, rasanya kesat tetapi lembut. Sibuta kedua membantah dan mengatakan bahawa gajah itu panjang seperti galah , keras, tidak kesat dan licin. Sibuta ketiga menafikan kedua-dua sahabatnya dan menyatakan bahawa gajah itu seumpama kulit yang terkembang seperti talam. Masing-masing keliru.

Pengajarannya :

KIta tidak boleh menggambarkan sesuautu dari satu sudut pandang sahaja. Kita kena melihat dari berbagai sudut baharulah kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas. Misalnya untuk mengenali Islam tidak boleh kita meihat Islam sebagai agama Ibadat semata. Tetapi melihat agama tu secara menyeluruh sebagai Islam yang syumul. 

 

Lawak 2 : Atok Nak Nyanyi

Dalam suatu majlis kenduri yang dihadiri oleh sanak saudara dan tetamu jemputan. Seorang anak kecil bernama Aiman merasa  hendak buang air kecil  yang amat sangat

Aiman  memberitahu ibunya, "Ummi! Ummi! Aiman nak kencing. "

Ummi Aiman merasa kurang senang dengan jeritan Aiman itu. Lalu umminya memberitahu anaknya, "Jangan jerit nak kencing malu orang dengar. Lain kali kalau nak kencing katakan nak nyanyi"

Beberapa waktu kemudian Aiman merasa  nak buang air lagi. Lalu dia menuju kepada datuknya yang turut hadir di majlis itu. Dia  pun menjerit , "Atok ! Atok! Aiman nak nyanyi! Aiman nak nyanyi!" 

Atok Aiman rasa tidak senang lalu memberitahu Aiman " Jangan jerit kuat-kuat tak elok dalam majlis" Atok yang tidak tahu maksud nyanyi itu apa lalu menyuruh , " Aiman kalau nak nyanyi, nyanyilah perlahan-perlahan di telinga atok ni "

Aiman yang tak tertahan nak buang air lalu melepaskannya di telinga atoknya.

Hadirin yang hadir terkejut melihat kejadian itu dan ada yang tertawa lucu.

 

Pengajaran :

Bila bercakap dengan kanak-kanak seberapa boleh berkatalah yang benar. Mereka akan berkata dengan apa yang kita beritahu. Mereka taidak pandai berkias atau berloyar buruk. Apa yang mereka kata itulah yang mereka maksudkan


Lawak 3 : Makan Di siang Bulan Puasa

Suatu hari disiang hari bulan puasa kanak-kanak di sebuah kejiranan yang terdiri daripada Ali, Mi dan Din  bercerita menenai apa yang mereka makan  dan minum diwaktu pagi. Ali memberitahu, "Pagi ini kita makan dua keping roti canai sedap sangat ". Mi pula mengatakan , " Kita pagi ni makan karipap saje. Itu pun lebihan ibu dan ayah berbuka puasa semalam. Jadilah. " . Manakala Din dengan gembiranya memberitahu, " Kita pagi ni makan maggie kari bersama ayah kita. Best. ".  Kedua-dua kawan Din pun mengejek, " Tak malu ayah kamu tak puasa !"

Pengajaran:

Secara tak lansung  Din memberitahu kepada kawan-kawannya bahawa ayahnya tidk berpuasa. Sepatutnya kalau pun ada uzur syar'i tidak boleh berpuasa janganlah makan di hadapan anak kecil. Kanak-kanak akan menceritakian apa yang mereka lihat. Mereka apa yang benar dan tak pandai hendak menyembunyikannya. 


Lawak 4 : Tak Boleh Bercakap Semasa  Solat

Tiga orang sahabat yang baharu berhijrah dan baharu mahu menjinakkan diri unutk solat berjemaah. Pada suatu petang Ahmad, Dollah dan Said mengikuti imam mengerjakan solat asar secara berjemaah bersama imam Ali. Semasa sedang rokok tiba-tiba seekor tikus melintas dihadapan mereka bertiga. Lalu Ahmad memaklumkan kepada sahabatnya , " Eeeee besarnye tikus macam anak kucing. " Lalu Dollah menegur, " Mana boleh bercakap dalam solat.  Nanti batal solat kau orang."  Said dengan rasa lega pun manyatakan, " Nasib baik aku tak bercakap apa-apa tadi "

Selepas solat mereka melaporkan kepada imam apa yang berlaku. Sambil tersenyum imam Ali memberitahu ketiga-tiga mereka telah batal solat kerana bercakap dalam solat.

Pengajaran :

Batal solat jika bercakap dalam solat dengan kata-kata yang tidak dibenarkan syarak. Penting mempelajari cara betul solat agar dapat solat dengan sempurna. Imam jika mendapati mereka belum faham cara bersolat perlulah memberi bimbingan kepada mereka yang baru berhijrah. 


Lawak 5 : Allah itu ada lawannya tiada.

Dalam sebuah majlis ilmu khas untuk saudara baru membincangkan tentang sifat Allah oleh Ustaz Halim iaitu sifat Allah  'ada' kepada muridnya Suhaimi Wong. 

Ustaz  Halim menerangkan, " Allah itu ada lawannya tiada. Faham Suhaimi ? " 

Suhaimi pun berkata, " Saya faham..."

Ustaz Halim lantas menyuruh Suhaimi ulangkan, " Cuba kamu ulang .."

Lalu Suhaimi mengulanginya, " Itu Allah mula-mula ada , lepas tu dia lawan-lawan dia tak ada "

Ustaz Halim gelihati, " Ha ha ha..... Salah tu. Yang sebenarnya sifat Allh Ada. Lawan dari sifat tu ialah tiada. Bukannya dia berlawan jadi tak ada."

Pengajaran :

Ajarlah murid dengan kaedah  atau bahasa yang mudah mereka fahami.