Memendamkan perasaan ketika ada masaalah adalah satu perbuatan yang boleh memudaratkan seseorang. Masaalah perlu dilepaskan dengan menceritakannya kepada orang lain. jika dipendamkan ianya akan meletus dan akan menjejaskan diri orang memendamkan masaalah itu dari segi mental dan fizikal. Sesiapa yang menyimpan atau memendam masaalahnya boleh memendekkan umurnya.
Menurut sebuah website kesihatan Liputan6, satu kajian telah dijalankan oleh University of Rochester selama 12 tahun seperti dilaporkan oleh majalah MensHealth pada Rabu 6.11.2013 menyatakan bahawa, orang yang sering memendam perasaannya dengan mendiamkan diri seribu bahasa, 35% berisiko akan mati dibandingkan dengan orang yang meluahkan emosinya dengan orang lain.Dalam kajian yang mengukur keterbukaan emosi seseorang menunjukkan peningkatan penyakit kanser dan kardiovaskular meningkat masing-masing 70% dan 47%.
Kalau ada masaalah jangan pendam, jangan simpan. Carilah seseorang kawan, psikiater atau sesiapa untuk dilepaskan atau ceritakan. Jika ia boleh memberi nasihat itu lebih baik. Jangan simpan kerana ia akan menjadi virus. Benda yang terbuku boleh meletup padahal kita boleh lepaskan sedikit demi sedikit dengan meluahkannya dan mendapat kelegaan. Untuk bahagia dan ceria, luahkan dan lepaskanlah.
Jangan lupa tempat yang paling utama untuk menceritakan dan memohon penyelesaian kepada masaalah kita ialah kepada Allah. Mengadulah kepadaNya dengan bersujud dan berdoa dengan penuh harap dan merendah diri. Allah berfirman yang bermaksud;
"Berdoalah kamu kepada Aku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepada Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina." ( QS 40: 60)
Janji Allah adalah benar. Berdoalah dan merayu kepadanya dengan sangkaan yang baik, tentu Allah akan memakbulkan dan memberi ketenangan kepada kita. Jangan berputus asa dari rahmat Allah kerana hanya orang yang kafir yang berputus asa kepada Allah.
Usah biarkan diri kita memendam rasa dan menaggung beban masaalah sepanjang umur kita yang singkat. Masaalah yang bukan sahaja menjejaskan jiwa malah menyebabkan penyakit seperti kanser dan kardiovaskular juga melemahkan daya tahan badan. Legakanlah ia dengan meluahkannya kepada kawan, kepada yang prihatin dan jangan lupa kepada Allah yang maha mendengar.
No comments:
Post a Comment