Thursday, 14 October 2021

Apa sikap yang sepatutnya sebagai kawan


Untuk menjadi kawan yang baik dan untuk mengekalkan persahabatan sepanjang hayat ada beberapa sikap yang perlu kita ambil jika kita mahu ianya menjadi persabatan yang sejati. Persabatan sejati berasaskan kesetiaan dan akhlak yang baik. Ianya juga diasaskan berdasarkan kasih sayang dan pengorbanan. Diantara sikap-sikap yang perlu ada adalah:-

 i. Senang didampingi

Tangung jawab memiliki seorang kawan ialah memberi masa anda kepadanya. Jangan mengelak bila kawan anda ingin mendampingi anda. Sebagai kawan anda sepatutnya senang dihubungi dan didampingi.  Sebaliknya  sentiasa bersabar jika kawan anda sibuk dengan urusannya.  Anda harus memahami dan jangan mendesaknya.

ii. Menyokong kejayaan kawan

Memanglah kadang-kadang anda rasa tak selesa melihat kawan anda berjaya dan meraikan kejayaannya. Kita mungkin lebih selesa menolongnya ketika dalam kesusahan. Namun seorang kawan yang baik hendaklah secara ikhlas meraikan saat-saat gembira kejayaan kawan anda. Jangan ada rasa iri hati melihat kejayaan kawan anda. Meraikan kejayaannya adalah merupakan satu penghargaan buat kawan anda. 

iii. Meraikan kawan 

Anda mungkin dengan mudah mengabaikan kawan atas alasan sibuk namun sebagai kawan anda sepatutnya membuat kawan anda diraikan dan selesa di rumah anda. Jangan buat dia seperti berurusan di sebuah pejabat dengan rasa gelisah dan ingin selesaikan urusan dengan segera. Layani kawan anda sehingga dia "Feel like home"

iv. Bertanya soalan

Bertanyalah  soalan-soalan mengenai diri kawan anda sebagai tanda anda berminat ingin mengetahui menenai dirinya. Berbincang dan bertukar fikiran. Namun anda perlu pastikan bahawa anda tidak mendominasi perbualan. Anda perlu memberi banyak ruang kepada kawan anda untuk bercerita dan memberi pandangan. Sekiranya anda monopoli perbualan akhirnya dia menjadi bosan dan akan mencacatkan persahabatan.

v.  Bersikap positif

 Semua orang mempunyai saat-saat tegang dan sukar. Namun kebanyakan dari anda tidak menyukai orang yang suka mengadu rasa tak puas hatinya. Selalulah bersikap positif  Janganlah semua perkara buat anda rasatidak bepuas hati. Jangan sampai sikap suka merungut anda menjadi suatu tabiat, Ini akan menyebabkan kawan-kawan jadi tidak selesa.

vi. Sokong kawan anda

Kawan yang baik sentiasa menyokong kawannya kerana mereka mengenali satu sama lain secara mendalam. Kawan baik akan membantu kawannya sebelum ia memintanya malah kawan yang baik akan membantu tanpa disadarinya. Kawan yang baik sentiasa ada saat anda memelukannya. 

vii. Elakkan konflik

Untuk mengekalkan persahabatan yang baik kawan hendaklah mengelakkan  berbincang isu yang sensitif iaitu isu politik dan agama. Berbincang isu ini akan membawa  sampai ke tahap bertegang leher kerana masing-masing ada pendirian. Melainkan anda pasti kawan anda mempunyai pendirian yang sama dengan anda.

Jangan bercerita apa-apa yang buruk mengenai kawan kepada kawan anda , mengenai pasangnnya atau anaknya. Sekiranya ada kawan lain cuba bawa cerita buruk menenai kawan kepada kawan anda, tentang pasangannya atau anaknya segera tukar tajuk perbualan.

Bila kawan telefon anda pelu sambut dan jawap panggilan. jangan mengelak atas alasan sibuk. Jika itu berteusan akhirnya dia mungkin tak mahu telefon lagi akibat rasa tersingung. 

Elakkan berbincang dan mengajak kawan anda menyertai perniagaan kecuali anda meminta dan kawan anda besetuju bebincang. Jangan beri kawan anda pinjam wang atau barang melainkan anda rela memberi kepadanya jika dia tidak mampu bayar atau pulangkan. 


Perkara-perkara di atas adalah sebahagian tips yang dapat membantu mempekukuhkan persahabatan jika diamalkan. Namun sebuah persahabatan tidak sunyi dari konflik tetapi kalau diurus pasti dapat dirungkaikan. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan sebuah persahabatan.

Wednesday, 14 October 2020

Teka Teki Islamik 1

 

1. Dimanakah tempat  yang tidak mempunyai kiblat.

2. Apa yang tidak dimiliki Allah.

3. Apa yang lebih kaya dari lautan.

4. Apa yang dimiliki manusia yang tidak dimiliki Allah.

5. Apa yang semakin berkurang dan tak bertambah.

6. Apakah yang selalu bertambah dan tidak berkurang.

7. Siapa solat yang tanpa ruku' dan sujud.

8. Apakah tiga hal tiada empatnya.

9. Apakah kunci syurga.

10. Bangkai yang boleh dimakan.

11. Darah yang halal dimakan.

12. Teka teki Imam Ghazali 

        a. Apakah yang dekat dengan kita.

        b. Apakah yang jauh dari kita.

        c. Apa yang besar di dunia ini.

        d. Apa yang berat di dunia ini.

        e. Apa yang ringan di dunia ini.

        f. Apa yang tajam.

13. Surah apakah yang tiada Bismillah.

14. Ayat pertama dalam Quran.

_______________________________________________________________________

Jawapan:

1. Dalam Kaabah 

2. Sekutu

3. Qanaah

4. Anak & Isteri

5. Umur

6. Kubur

7. Solat Jenazah

8. Thalaq

9. Syahadah

10. Ikan & belalang

11. Hati

12 (a) Mati

12 (b) Masa lalu

12 (c) Hawa nafsu

12 (d) Amanah

12 (e) Meninggalkan solat

12 (f) Lidah 

13. At-Taubah

14. Bismilahirrahmannirrahim.

 

 

Friday, 3 April 2020

Amalan Penarik Rezki



Kadang-kadang kita hairan mengapa setelah bekerja dan berusaha namun terasa rezki tidak betambah dan kehidupan terasa tidak berkecukupan. Kita tertanya-tanya apakah takdir Allah telah menetapkan setakat itu sahaja rezki yang ditetapkan. Sebenarnya ada beberapa saranan dari Rasulullah SAW yang jika diamalkan akan menarik kemasukan rezeki bagi mereka yang benar imannya dan bertaqwa.

Taqwa

Amalan utama bagi menarik rezki bagi orang beriman adalah amalan taqwa. Orang bertaqwa akan mendapat rezki dari arah yang tidak disangka-sangka seperti Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya" ( Q: At-Thalaq: 2-3 ) 


Namun surah ini telah disalahguna sebahagian orang Islam dengan menjadikan ianya seumpama tangkal untuk memajukan perniagaan. Ayat ini mereka gelar sebagai "Ayat Seribu Dinar". Bukan begitu tujuan ayat ini diturunkan.  Yang diperintahkan ialah supaya bertaqwa dan dengan itu nanti Allah menurunkan rezki yang mencurah bukannya mengantungnya untuk menarik rezki. Kita perlu beristighfar dan membersihkan diri dari pemahaman yang salah ini.

Memperbanyak Istighfar

Doa dan permintaan kita akan terhalang oleh dosa-dosa yang kita lakukan. Ianya menjadi halangan kepada pengaliran rahmat dan kurniaan dari Allah. Justeru dengan memperbanyakkan istighfar memohon ampun kepada Allah membuka laluan rezki dariNya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud;


"Barangsiapa tekun beristighfar nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezki dari arah yang tidak disangka-sangka"
(H.R. Abu Dawud Nasaai, Ibnu Majah & Hakim)

Dengan memperbanyakkan istighfar dapat membersihkan diri dari dosa-dosa dan akan mendapat belaian kasih dari Allah. Orang yang mengasihi sangat suka memberi anugerah kepada yang dikasihi dan kepadaNya kita akan bertawakal.

Tawakal

Bertawakal yakni berserah kepada Allah setelah berusaha adalah sifat orang beriman. Yakinlah bahawa Allah telah menetapkan rezki bagi setiap makhluknya. Nabi SAW dengan tegas  telah bersabda yang bermaksud;

"Kalau kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa nescaya Dia menjamin rezekimu sebagaimana Dia menjamin makanan burung , terbang di waktu pagi dengan perut kosong namun pulang kembali di waktu petang dengan perut kenyang"
(H.R. Imam Ahmad , Timizi, Nasai, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)  

Sesunguhnya Allah memegang semua kunci rezki makhluknya. Oleh itu hanya kepadanya kita beusaha dan bertawakal. Namun tidak lengkap sekiranya tidak diringi dengan doa.

 

Doa 

Doa  adalah senjata mukmin. Serulah Dia yang maha kaya dan maha pemurah. Tunjukkanlah sifat fakir kita sebagai makhluk merendah diri memohon kepada pemilik alam ini. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud ;

"Berdoalah kepadaku nescaya akan ku perkenankan bagi mu"  (Q: Al-Mukmin : 60 )

Berdoalah bersungguh-sungguh dengan yakin akan dimakbulkan tanpa ragu. Jangan sekali mengambil jalan syirik dan kurafat untuk menarik rezeki. Ini mengundang kemurkaan Allah dan kelak Allah akan menyempitkan kehiduapan kita. Berdoalah dengan niat rezki yang diperolehi akan diinfak dan disedekahkan demi jalan Allah.


Bersedekah

Bersedekah adalah amalan yang akan menarik rezeki kepada orang yang mengamalkan bersedekah. Ini bukan kepercayaan orang Islam saaja malah orang-orang bukan Islam juga meyakinimya. Mereka yakin lebih banyak memberi pasti akan makin banyak diterima. Mengenai perkara ini Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah maha pemberi rezki yang sebaik-baiknya"  (Q: Saba' : 39 ) 

Allah telah menjanjikan kepada orang yang bersedekah bahawa Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Tanda kita mensyukuri rezki yang diberi oleh Allah ialah dengan bersedekah.


Bersyukur 

Sifat syukur akan melapangkan dada dan membuat kita sentiasa merasa cukup. Dengan bersyukur akan datang sifat qanaah yang menjadikan diri tidak berputus asa berusaha. Allah akan menambah nikmat bagi orang-orang yang bersyukur. Allah SWT berfiraman yang bermaksud;

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat ku) maka sesunguhnya azab Ku sangat pedih" (Q: Ibrahim : 7)

Dengan bersyukur Allah menambah nikmat sebaliknya sifat ingkar dan tidak bersyukur Allah janjikan azab yang pedih. Antara nikmat-nikmat yang Allah akan tambah ialah nikmat kekayaan, nikmat badan sihat, nikmat disenangi ramai dan nikmat hubungan baik dengan sanak saudara.


Menyambung silaturrahim



Sanak saudara adalah penyambung nasap kepada ibu bapa kita. Berbuat baik dengan sanak saudara dan menghubungi mereka adalah amalan yang akan melapangkan rezki. Sikap mesra dan baik hati akan membuat mereka mendoakan kejayaan kita dunia dan akhirat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

"Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak saudaranya"   (H.R. Bukhari )

Lebih  ramai kita kenali dan berhubung maka lebih luas talian hubungan kita. Melalui mereka mungkin Allah salurkan peluang-peluang rezki yang tidak kita sangka-sangka.

                Demikianlah sebahgian amalan-amalan yang boleh menarik rezki terutamanya rezki yang diberkati Allah. Walaubagaimana pun janganlah beramal untuk tujuan mengejar rezki. Beramallah demi mencari reda Nya.






Sunday, 4 February 2018

Mengurus Kemarahan


Marah adalah sifat yang menjadi fitrah kehidupan manusia. Marah penting kerana dengan adanya rasa marah manusia bangkit membela maruah dan mempertahankan  haknya. Kerana marah rakyat sesuatu negara menuntut kemerdekaan dan keadilan. Tetapi jika marah tidak dikawal manusia akan mengamuk dan mencederakan orang lain. Marah jika tidak dikawal perkara kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan secara aman akan menjadi punca permusuhan yang tidak berkesudahan. Oleh itu marah hendaklah diurus dengan baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Cegah marah

Rasa cepat marah atau baran perlu dicegah kerana jika tercetus akibatnya buruk. Ianya akan mengakibatkan permusuhan dan dendam. Langkah-langkah yang boleh diambil ke arah itu antaranya

(a) Untuk mendapat kekuatan behadapan dengan tekanan seseorang perlu membuat latihan bebas tekanan. Ini boleh dilakukan dengan banyak bermeditasi dan memperbanyakkan zikir. Dengan cara ini jiwa akan lebih kuat dan tenang berhadapan pelbagai tekanan. Zikir boleh juga dalam bentuk melihat kebesaran Allah dengan memerhatikan keindahan alam ciptaanNya. Kesannya jiwa akan menjadi besar dan orang berjiwa besar tidak mudah melenting dengan perkara-perkara titik bengik.  Terdapat juga program-program motivasi yang boleh diikuti bagi mengawal rasa marah dan melatih diri secara praktikal mengurus tekanan.
(b) Jauhkan diri dari provokasi yang boleh mencetuskan kemarahan. Jauhi golongan yang suka menyindir, memperleceh dan bergurau melampaui batas. Elakkan berdebat yang matlamatnya untuk menang dan bukan mencari kebenaran. Jauhi perbincangan isu-isu sensitif berkait dengan agama, politik dan bangsa. Ianya merupakan unsur-unsur yang bakal mencetuskan sakit hati dan marah bila ianya bertentangan dengan pendirian seseorang.
(c) Gunakan humor  dalam percakapan dan perbualan bagi memperlihatkan perkara yang dibicara itu bukan perkara yang menyinggung perasaaan. Ianya sebagai isyarat bahawa seseorang dalam mood yang baik dan tidak marah.
(d) Berfikiran positif dalam setiap keadaan dan jangan berfikiran negatif. Misal bila seseorang diberikan tugas baru janganlah anggap inya menambah beban tetapi anggaplah ianya satu peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Juga ianya satu petunjuk bahawa dia  layak dan diberi kepecayaan. Jangan selalu buruk sangka bila kawan menegur kekurangan kita. Dia bukan bertujuan menjatuhkan tetapi cuba membaiki apa yang silap. Berfikiran negatif akan sentiasa membuat seseorang dalam keadaan marah kerana semuanya tak kena dalam hidupnya.
(e) Bersenamlah kerana bersenam akan mencerdaskan minda dan minda yang cerdas akan mendahului emosi dalam membuat keputusan. Badan yang lemah dan kurang sihat lebih mudah dikuasai emosi dan menjurus kepada rasa cepat marah.

Kawal marah

Apabila perasaan marah mulai terasa ada bebeapa langkah yang boleh diambil bagi mengawalnya agar tidak meletus. 
(a) Membaca ta'awuz dengan segera agar tidak dipengaruhi syaitan yang akan menyuruh manusia cepat bertindakbalas ke atas pencetus kemarahan tanpa berirkir panjang. Jika kemarahan masih memuncak segera mengambil wuduk agar api kemarahan akan mendingin.
(b) Ingatlah betapa besar pahala orang yang mampu menahan kemarahan disisi Allah. Mengalah bukan bererti kalah. Menahan diri dari marah bukah bererti lemah. Sabda Nabi SAW "Bukanlah orang yang kuat (yang sebenarnya) dengan (mengalahkan lawannya dalam) pergulatan (pekelahian) tetapi tidak lain orang kuat (yang sebenarnya) adalah mampu mengendalikan dirinya ketika marah" (H.R. Bukhari No. 5763)

(c) Mengambil sikap berdiam diri tidak berbicara bila rasa hendak marah kerana ketika marah sedang berputik percakapan yang keluar pasti dengan nada yang tinggi dan tonasi yang tidak mengenakkan.
(d) Ambillah posisi duduk atau berbaring  kerana posisi berdiri atau bergerak akan menggalakkan seseorang untuk menyerang penyebab kemarahan. Oleh itu jika ketika marah mula terasa segeralah duduk atau berbaring. 
(e) Bayangkanlah betapa buruknya penampilan diri bila sedang marah. Imej budiman dan akhlak terpuji akan terhakis. Kelak orang akan menyangka itulah wajah sebenar kita.
(f) Sentiasa ingat besarnya pahala jika memaafkan. Firman Allah SWT, "Orang yang bertaqwa adalah mereka yang menafkahkan (harta mereka) baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya serta memaafkan (kesalahan) orang lain.Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan (QS Ali Imran: 134)

(g) Hendaklah menjauhkan celaan, makian, tuduhan, laknat dan cercaan.Itu semua perangai orang jahil, yang akhirnya akan mencetus persengketaan.

Luahkan marah 
Setiap orang tidak lepas dari rasa marah namun sebaiknya kita luahkan rasa marah itu secara terus terangn agar ianya tidak tebuku di hati. Dengan cara ini kita dapat memperbetulkan segala masaalah yang kita hadapi.Rasa marah jika dipendam akan menimbulkan berbagai masaalah lain pula. Namun beberapa perkara perlu diambil perhatian sebelum meluahkan rasa marah.

(i)  Kita hendaklah bertanggungjawab dengan perasaan marah kita. Semasa meluahkan rasa marah nyatakan tentang perkara yang dimarahi dan bukan menyerang peribadi orang yang kita marah. Misalnya katakan, "Saya marah dengan tindakan awak kerana tidak memaklumkan kepada saya terlebih dahulau..........." Bukan , "Awak tu siapa memandai-mandai ambil tindakan........"
(ii) Ambil sedikit waktu untuk bertenang dan menyejukkan perasaan. Dengan berbuat begini kita akan bercakap dengan rasional dan tenang.
(iii)Luahkan rasa marah itu dalam nada yang positif.  Contohnya, "Saya hargai awak menyiapkan kerja dengan cepat mengikut masa yang ditentukan. Namun awak buat saya marah kerana banyak kesilapan dalam kerja awak." Bukan sebaliknya mengkritik," Awak ni kerja asal siap sahaja , tapi kerjanya hentam keromo saja. Makan gaji buta"


Jika tidak dapat diluahkan 

Walaupun kita ingin meluahkan kemarahan kita ada ketikanya kita tak dapat  lakukannya mungkin yang membuat kita marah itu kadang-kadang ketua kita atau orang yang lebih berkuasa dari kita. Ini menimbulkan rasa takut dan khuatir menjejaskan tugas atau karier kita. Apa lagi kemarahan itu belum sampai ke tahap untuk kita mengorbankan kepentingan  kehidupan kita. Jika ini terjadi kita masih boleh meluahkan rasa marah dalam bentuk yang lain.

(i) Sediakan "punch bag" khas untuk kita luahkan marah dengan menumbuk dan menendangnya dengan menyebut apa yang kita marah sepuasnya. Selepas itu bolehlah kita lupakan segala kemarahan itu.
(ii) Tukar tenaga marah kepada tindakan positif. Misalnya pegawai atasan kita membuat kita marah dan  dengan kemarahan membuap-buap itu kita tanamkan azam untuk memajukan diri dalam kerjaya. Jadikan ia sebuah dendam yang positif. Dendam untuk naik ke atas tanpa memijak orang lain.
(iii) Mengadulah kepada Allah dalam solat dan doa. Serah kepadanya dan yakinlah doa orang yang terinaya tidak ada hijab dan pasti dimakbulkan Allah. Doakan agar segala kesilapan dapat dibetulkan dan orang berkenaan diberi pengajaran agar ia insaf.

Sunday, 14 January 2018

Mereka yang gagal



Untuk berjaya seseorang haruslah punya matalamat yang jelas, kerja keras , tabah dan sabar menghadapi liku-liku perjuangan untuk memajukan diri. Tanpa sifat-sifat positif tersebut anda akan tergolong dalam mereka yang gagal. Mereka yang gagal mempunyai ciri-ciri negatif seperti dinyatakan dibawah:
  • Memfokus pada diri sahaja dan enggan melihat bagaimana orang lain boleh berjaya. Tidak mahu cuba belajar dari pengalaman orang lain. Halangan utama adalah sikap enggan berubah ke arah yang lebih baik dan maju.
  • Ketidaksanggupan mengambil risiko langsung menyebabkan ianya gagal menganjak kearah yang lebih tinggi. Dia lebih selesa ditakuk lama asalkan tidak berisiko. Dia lebih merasa selamat berada di zon selesa tanpa risiko.  
  • Berfikiran negatif terhadap tugas dan menganggap tanggungjawab sebagai beban. Dia lebih suka meliahat masaalah dahulu tanpa mempertimbangkan peluang yang ada. Ini menyebabkan segala yang dirancang terbantut. Malah dalam keadaan dimana peluangnya begitu baik dan berpotensi pun dia memikirkan masaalah yang menerawang dalam fikiran dia sendiri. Terlalu bersikap negatif akhirnya peluang yang baik berada di hadapan mata terlepas begitu sahaja. Mereka sering memberi berbagai alasan tanpa berusaha mencari penyelesaian alternatif.
  • Berpuas hati dengan apa yang diketahui  dan enggan mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu yang diketahui. Tidak berminat untuk berusaha lebih untuk meningkatkan potensi diri. Mereka lebih banyak bercakap untuk menampakkan mereka sebagai orang tahu dan berjaya. Kebiasaanya mereka tidak sedar apa yang mereka cakap. Bila sudah banyak bercakap mereka biasanya enggan mendengar nasihat dan pendapat orang lain. Bagi mereka mendengar nasihat dan pendapat orang lain menunjukkan kejahialan mereka. Akhirnya pemikiran akan berada di takuk lama.
  • Tidak melibatkan diri dengan persekitaran dan lebih suka menyendiri. Pergaulannya terhad dengan kumpulan kecil. Mereka membenci golongsan berjaya dan pemenang serta mencari kelemahan mereka. Mereka sepatutnya belajar dari golongan ini. Sebaliknya mereka enggan mengakui kelemahan sendiri.  Apa yang berlaku disekelilingnya bukan masaalah dia. Bantuan baginya adalah gangguan.
  • Fokus hanya kepada kerja sendiri tak mahu ceburi bidang lain. Enggan ambil alih kerja orang lain kerana takut tambah bidang tugas sedangkan ianya satu peluang belajar perkara baru. Manusia adalah insan sosial. Saling bergantungan sepatutnya menjadi ideal manusia disamping kecukupan sendiri. Tiada seorang individu yang mempuyai semua bakat, idea, keupayaan untuk melakukan fungsi keseluruhan. Kita semua saling bergantung dan tidak mungkin untuk fokus kepada kerja sendiri.
  • Merasa cepat kecewa dan menganggap kegagalan sebagai satu hukuman dan bukan cabaran untuk maju. Orang berjaya menganggap kegagalan sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya mereka yang gagal sering dihantui oleh kegagalan masa lalu. Kegagalan yang pernah berlaku dalam hidup mereka bersarang dalam pemikiran mereka sehingga kini. Mereka takut untuk menghadapi kenyataan dan sebaliknya memilih untuk hidup di masa lampau.
  • Terlalu peduli dengan kritikan negatif  menyebabkan segala yang ingin dilaksanakan tidak berani dilaksanakan. Tiiada siapa yang mampu memuaskan hati semua orang  dan jika kita mahu semua orang suka dengan apa yang kita lakukan kita tidak akan bejaya. Jika kritikan itu membina boleh kita ambil kira untuk membuat perubahan atau penambahbaikan. Jika tidak, jangan ambil kisah dan teruskan apa yang telah dirancang kerana ia hanya akan menyekat perjalanan kita.
  • Tidak berpengaruh  kerana enggan berusaha meningkatkan diri dan kemahiran agar bepengaruh terhadap orang lain. Untuk menjadi seorang yang berpengaruh kita haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran sehingga kita menjadi seorang yang istimewa. Untuk itu kita perlu mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. Ini dipanggil 'keizen' dalam masyarakat Jepun yang bermaksud semangat peningkatan yang berterusan. Melalui pembelajaran kita berupaya membuat sesuatu yang kita tidak pernah dapat buat sebelum ini. Melalui pembelajaran kita melanjutkan keupayaan kita untuk mencipta menjadi sebahagian daripada peroses generatif kehidupan. Sebaliknya enggan belajar berarti berada ditakuk lama dan terus gagal.
  • Tidak memaafkan orang lain menyebabkan jiwa tidak tenteram dan tertekan menjurus kepada gejala yang merosakkan diri. Sebaliknya apabila melakukan kesilapan enggan meminta maaf serta mengulangi kesilapan tanpa rasa bersalah.
  • Sentiasa mempunyai kerja sebagai alasan untuk mengelak dari disuruh membuat kerja lain atau tangungjawab lebih berat. Hakikatnya dia tidak bekerja keras tetapi sentiasa tidak mempuyai cukup masa. Ini adalah kerana suka buat keja saat akhir, gopoh dan terlalu lembab. Sebaliknya orang yang berjaya bekerja keras dan menyiapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan. Mereka sentiasa ada masa untuk menikmati ketenangan.
  • Tiada perancangan adalah punca utama kegagalan. Bak kata pepatah , "Jika anda tidak merancang, berarti anda merancang untuk gagal" Ramai yang mengabaikan espek ini dan akhirnya mereka menemui kegagalan. Sekecil-kecil perancangan itu adalah kunci kejayaan. 
  • Tidak berdoa agar Tuhan memberi kekuatan untuk berubah dan maju. Enggan berdoa menunjukkan sikap angkuh dan sombong terhadap Tuhan.

Wednesday, 10 January 2018

Setiap Menusia Adalah Istimewa

Kalau kita hanya melihat kepada kekurangan diri kita semata-mata orang lain juga akan nampak kita dari sisi kelemahan kita sahaja. Ini adalah suara dalaman negatif yang sentiasa mencari espek kelemahan diri yang akan membunuh nilai kendiri seseorang. Eugene Sagan seorang ahli psikologi menamakannya "kritik patologi". Orang yang mempunyai nilai kendiri yang rendah pasti akan mendengar dan akur dengan kritik patologi ini. Suara-suara ini akan membisikkan ciri-ciri seperti
(a)  Menamakan kita dengan bodoh, hodoh, kekok, pemalas dan tidak kompeten.
(b)  Memperingatkan kelemahan dan kesilapan kita.
(c)  Membandingkan kita dengan pencapaian orang lain dan mendapati kita serba kekurangan.
(d)  Mengetepikan pencapaian-pencapaian dan kekuatan-kekuatan kita.
(e)  Memperbesarkan kelemahan-kelemahan kita.
Orang yang  mempunyai nilai kendiri yang tinggi tidak menghiraukan kritik patologi ini dan terus berusaha dan bersifat positif.
          Jangan suka membandingkan diri dengan orang lain secara negatif. Perbandingan sebegitu adalah perangkap yang membuat seseorang putus asa dan hilang motivasi untuk mencapai cita-cita. Kita sepatutnya menegaskan pada diri kita bahawa "Aku indivdu unik. Tidak perlu menjadi salinan fotostat sesiapa. Aku bukanlah sempurna tetapi berupaya membuat yang terbaik dari segala pengetahuan yang ada . Aku mencuba menjadi insan yang lebih baik dan aku menerima keadaan diriku buat masa ini" 
         Kita hendaklah menerima diri kita seadanya tanpa syarat. Menurut Maxwell Maltz , penerimaan diri adalah 'menerima dan menyenangi diri sendiri, dalam keadaan sekarang dengan segala kecacatan, kelemahan, kekurangan, kekhilafan serta aset dan kekuatan kita.' Iaitu menerima diri dengan tanpa menafikan bahagian-bahagian tidak sempurna pada diri kita, juga tidak menolak keperluan untuk berubah dan memajukan diri. Hendaklah kita sedar dan menerima batas kemampuan kita dan batas kemampuan orang lain. Jangan berharap untuk menjadi seorang yang sempurna. Keinginan untuk menjadi sempurna akan menghakis harga diri. Ini adalah kerana keinginan menjadi sempurna membuat seseorang tidak pernah merasa memadai dengan pencapaiannya sendiri.
          Disamping itu kita jangan memperkecilkan bakat dan kemahiran diri sendiri yang mungkin tidak ada pada orang lain. Manusia itu unik, malah orang cacat dan kurang upaya pun mempunyai kelebihan yang tiada pada orang biasa. Albert Einstein seorang murid lembam pernah diusir dari sekolah adalah seorang saintis yang terkenal. Shakespeare  seorang yang lumpuh adalah seorang sasterawan Inggeris yang terkenal. Beethoven seorang yang pekak adalah seorang komposer muzik yang terkemuka disanjung sehingga kini. Kalau mereka boleh, apakah kita yang normal tidak mampu membuat yang lebih baik. 
          Jadi lebih baik kita mula menetapkan cita-cita  dan matlamat yang manasabah yang kita  yakin mampu dicapai. Kita ukur kemajuan diri tahun ini dengan pencapaian kita tahun lepas.Itu lebih baik dari membandingkan dengan pencapaian orang lain. Dengan perbandingan diri sendirilah kita akan mengecap kepuasan serta menghargai nilai diri. Berubahlah dari membandingkan kepada memajukan diri. Kita mula membina kehidupan dari kejayaan-kejayaan kecil, tumpukan kepada kelebihan-kelebihan yang ada disamping meneima kekurangan diri.
          Oleh itu kita perlu percaya kepada diri kita sendiri. Kita akan menjadi apa yang kerap kita fikirkan. Menurut Ranjit Singh Mahli, dalam bukunya 'Mempertingkatkan harga diri' , apa yang lazim kita fikirkan akan terpahat dalam minda separa sedar (subconcious mind) kita. Apa-apa pun yang dipercayai sebagai benar oleh minda sedar ( consious mind) kita, minda separa sedar kita akan menerimanya dan membawanya ke tahap realiti. Minda separa sedar kita akan mempercayai apa sahaja yang kita katakan kepadanhya , walaupun perkara itu tidak benar. Minda separa sedar tidak berupaya menakkul dan berfikir dengan sendiri. Kejayaan ialah satu keadaan minda , kita mengawal magnitud kejayaan kita dengan mengawal kepercayaan kita.
            Justeru itu marilah kita melihat espek positif diri kita dan tidah hanya fokus kepada espek kelemahan diri. Kita seharusnya memilih diri kita sebagai kawan karib kita. Sebagai kawan karib kita menerimanya seadanya tanpa syarat. Kita seharusnya menghargai kekuatan-kekuatan dan atribut-atribut positif  yang ada dalam diri. Disamping tidak menafikan wujud kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang berlaku sekali-sekala yang merupakan fitrah mansia.
 
           
          

Monday, 26 December 2016

Bagaimana mahu kekal dalam grup




Media sosial adalah fenomena berkomunikasi secara santai yang popular kini. Terdapat perlbagai media sosial yang popular seperti facebook, wassapp, instagram, wechat dan sebagainya. Keseronokan bersembang (chat) membuat seseorang jadi leka dan tidak memperdulikan persekitarannya. Namun tak kurang juga kesetiaan seseorang ahli grup tidak berpanjangan akibat rasa tersinggung dan tidak puas hati. Oleh itu jika kita ingin bertahan lama dengan sesuatu grup banyak perkara yang perlu kita fahami dan bertoleransi.

  • Fahamilah bahawa ahli grup mempunyai banyak perbezaan dari segi pendidikan, hobi, sifat, fahaman agama, kematangan dan pola berfirkir. Misalnya jika kita seorang yang berpendidikan tinggi mungkin bahan yang kita post hanya akan dibaca dan mendapat respon dari mereka yang berpendidikan tinggi. Jika majoriti ahli grup kurang berpendidikan mungkin posting kita tidak dibaca atau mendapat perhatian dari ahli grup. Justeru kita kena faham keperbezaan ini dan faham situasi di dalam grup.
  • Fahamilah bahawa kerektor ahli-ahli grup juga tidak sama, ada yang suka humor, ada yang serius, ada yang santai, ada jenis yang suka tazkirah, ada yang suka mengkeritik, ada yang suka artikel bermenafaat dan ada yang loyar buruk. Umpamanya bahan yang kelakar mungkin mendapat perhatian dari yang suka humor tetapi mungkin kurang digemari kepada yang serius. Jika majoriti ahli grup suka humor grup ini akan dipenuhi dengan bahan-bahan lawak dan respon lawak. 
  • Fahamilah bahawa keaktifan ahli-ahli grup juga berbeza-beza. Ada yang sangat aktif, ada yang sedang-sedang dan ada yang jarang-jarang posting. Ada pula yang malu-malu nak posting sehingga tak posting langsung. Sebahagiannya pula hanya suka baca posting dan sebahagiannya malas nak buka media sosial. Jadi ada bermacam ragam keaktifan posting ahli-ahli grup. 
  • Fahamilah bahawa tidak semua isi posting itu benar. Oleh itu jangan mudah terpengaruh dengan isi posting. Dapatkan pandangan kedua atau ketiga dan bandingkan. Jangan sampai isi posting membuat kita emosi, tersinggung atau tak mahu kalah akibat mempercayai begitu sahaja posting yang diterima.
  • Fahamilah bahawa janganlah kita terlalu ghairah untuk membetulkan keadaan. Jika posting isinya keliru tidak perlu kita cuba luruskan jika kita tahu ianya sensitif. Ini mungkin akan mengeruhkan keadaan kemesraan dalam grup. Sebaliknya jika posting yang keliru itu jika cuba diluruskan ahli grup janganlah cepat tersinggung.
  • Fahamilah bukan semua posting akan sesuai dengan kehendak dan citarasa kita. Jika sesuatu posting itu kita tidak berkenan misalnya humor, gambar berdenyut-denyut, cerita seks, artikel terlalu panjang atau berjela-jela biarkan sahaja atau delete. 
  • Fahamilah bahawa tujuan utama kita menjadi ahli media sosial adalah untuk mengeratkan persahabatan dan silaturrahim. Oleh itu fokus kepada satu tujuan iaitu menjalin tali silaturahim, setiakawan dan perhubungan yang balik. Perkara-perkata titik bengik yang tidak penting abaikanlah agar tidak menimbulkan sengketa.