Media sosial adalah fenomena berkomunikasi secara santai yang popular kini. Terdapat perlbagai media sosial yang popular seperti facebook, wassapp, instagram, wechat dan sebagainya. Keseronokan bersembang (chat) membuat seseorang jadi leka dan tidak memperdulikan persekitarannya. Namun tak kurang juga kesetiaan seseorang ahli grup tidak berpanjangan akibat rasa tersinggung dan tidak puas hati. Oleh itu jika kita ingin bertahan lama dengan sesuatu grup banyak perkara yang perlu kita fahami dan bertoleransi.
- Fahamilah bahawa ahli grup mempunyai banyak perbezaan dari segi pendidikan, hobi, sifat, fahaman agama, kematangan dan pola berfirkir. Misalnya jika kita seorang yang berpendidikan tinggi mungkin bahan yang kita post hanya akan dibaca dan mendapat respon dari mereka yang berpendidikan tinggi. Jika majoriti ahli grup kurang berpendidikan mungkin posting kita tidak dibaca atau mendapat perhatian dari ahli grup. Justeru kita kena faham keperbezaan ini dan faham situasi di dalam grup.
- Fahamilah bahawa kerektor ahli-ahli grup juga tidak sama, ada yang suka humor, ada yang serius, ada yang santai, ada jenis yang suka tazkirah, ada yang suka mengkeritik, ada yang suka artikel bermenafaat dan ada yang loyar buruk. Umpamanya bahan yang kelakar mungkin mendapat perhatian dari yang suka humor tetapi mungkin kurang digemari kepada yang serius. Jika majoriti ahli grup suka humor grup ini akan dipenuhi dengan bahan-bahan lawak dan respon lawak.
- Fahamilah bahawa keaktifan ahli-ahli grup juga berbeza-beza. Ada yang sangat aktif, ada yang sedang-sedang dan ada yang jarang-jarang posting. Ada pula yang malu-malu nak posting sehingga tak posting langsung. Sebahagiannya pula hanya suka baca posting dan sebahagiannya malas nak buka media sosial. Jadi ada bermacam ragam keaktifan posting ahli-ahli grup.
- Fahamilah bahawa tidak semua isi posting itu benar. Oleh itu jangan mudah terpengaruh dengan isi posting. Dapatkan pandangan kedua atau ketiga dan bandingkan. Jangan sampai isi posting membuat kita emosi, tersinggung atau tak mahu kalah akibat mempercayai begitu sahaja posting yang diterima.
- Fahamilah bahawa janganlah kita terlalu ghairah untuk membetulkan keadaan. Jika posting isinya keliru tidak perlu kita cuba luruskan jika kita tahu ianya sensitif. Ini mungkin akan mengeruhkan keadaan kemesraan dalam grup. Sebaliknya jika posting yang keliru itu jika cuba diluruskan ahli grup janganlah cepat tersinggung.
- Fahamilah bukan semua posting akan sesuai dengan kehendak dan citarasa kita. Jika sesuatu posting itu kita tidak berkenan misalnya humor, gambar berdenyut-denyut, cerita seks, artikel terlalu panjang atau berjela-jela biarkan sahaja atau delete.
- Fahamilah bahawa tujuan utama kita menjadi ahli media sosial adalah untuk mengeratkan persahabatan dan silaturrahim. Oleh itu fokus kepada satu tujuan iaitu menjalin tali silaturahim, setiakawan dan perhubungan yang balik. Perkara-perkata titik bengik yang tidak penting abaikanlah agar tidak menimbulkan sengketa.