Komposisi badan adalah bermaksud peratusan lemak badan berbanding dengan isikandungan otot, tulang dan tisu badan yang lain. Jika peatus lemak berlebihan dalam badan ianya akan menyebabkan kegemukan atau obesiti. Kegemukan berpunca antaranya disebabkan oleh faktor biologi, emosi, persekitaran, malas melakukan aktiviti fizikal dan sebagainya. Obesiti menjadi punca kepada berbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, masaalah jantung dan komplikasi buah pinggang. Oleh itu kita perlu berubah kepada amalan hidup sihat bagi mencegah kegemukan dan sentiasa berada dalam tingkatan berat yang ideal. Komposisi badan boleh dikenal pasti dengan menggunakan Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau Body Mass Index (BMI) iaitu dengan membahagikan berat badan (kg) dengan ketinggian (m) diganda dua.
Berat Badan (kg)
BMI = ------------------------
2(Tinggi (m) )
Hasil dari bacaan tersebut kita dapat mengenal pasti tahap komposisi badan kita pada tahap ideal atau sebaliknya:
< 18.5 = underweight (kurang berat)
18.5 - 23 = ideal weight (berat ideal)
23 - 27.5 = overweight ( gemuk)
> 27.5 = obess
BAGAIMANA MENCEGAHNYA ?
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Oleh itu kita perlu mengamalkan cara hidup yang sihat dengan mengambil pemakanan yang seimbang dan melakukan aktiviti fizikal. Tiga jenis latihan fizikal yang perlu kita lakukan adalah jenis aerobik, anaerobik dan kelenturan.
Aerobik
- Senaman yang proses pengeluaran energi memerlukan oksigen.
- Latihannya dalam intensiti yang sederhana tapi dengan durasi yang cukup panjang (20 minit)
- Latihan aerobik akan meningkatkan penggunaan oksigen keseluruhan oleh badan sekaligus meningkatkan metabolisma badan.
- Oksigen digunakan untuk memecah glukos.
- Aerobik berfungsi melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam badan.
- Aerobik mengurangkan tekanan darah dan membakar lemak.
- Contoh senaman aeobik ialah jogging, berbasikal, bola jaring dan bolasepak.
- Senaman yang pengeluaran tenaga dilakukan tanpa menggunakan oksigen.
- Latihan anaerobik terjadi ketika keperluan energi badan melebihi yang disediakan oleh pernafasan sehingga badan dipaksa bekeja tanpa oksigen.
- Kerana berada dalam keadaan tanpa oksigen latihan hanya dapat dilakukan dalam jangka waktu yang pendek ( 2-3 minit)
- Phosphocreatine digunakan untuk memecahkan glukos.
- Anaerobik membantu meningkatkan kekuatan otot.
- Anaerobik membantu meningkatkan kekuatan, kepantasan dan lajunya metabolisma badan.
- Contoh latihan anaerobik ialah sprint jarak dekat dan angkat berat.
- Kelenturan atau flexibility sering diertikan sebagai kemampuan seseorang menggerakkan badan dalam satu ruang seluas-luasnya tanpa mengalami kecederaan otot dan sendi.
- Juga dimaksudkan keupayaan badan anda untuk melentur tegangkan sendi-sendi utamanya.
- Contoh latihan kelenturan ialah gimnastik, tarian dan yoga.
No comments:
Post a Comment