Bila menjelang tahun baru samada Hijriah atau Masihi setiap kita pasti memikirkan azam bagi tahun baru yang akan menjelang. Azam adalah satu tekad untuk mencapai sesuatu pada tahun yang baru yang lebih baik atau matlamat yang kita beazam untuk capai. Merangka matlamat hidup kita adalah penting kerana cara terbaik untuk meramal masa depan kita adalah dengan berusaha menciptakannya dan bukan bergantung kepada nasib. Kitalah jurumudi dan jurubina nasib kita dan Allah akan menentukan ianya tercapai atas usaha kita itu.
Dalam menentukan matlamat yang ingin kita capai kita boleh mengambil konsep SMART sebagai asas merangka matlamat yang ingin kita capai.
S atau specific adalah menetapkan sesuatu matlamat dengan jelas dan tertentu. Bukan membuat matlamat yang umum dan kabur. Misalnya jika kita matlamat kita untuk menjadi kaya, ianya telalu umum dan kabur. Tetapi jika kita menetapkan matlamat kita untuk menabung sebanyak RM100,000 dalam tahun ini, ianya matlamat yang jelas.
M atau measureable tentukanlah suatu matlamat yang boleh diukur atau boleh ditentusahkan. Misalnya kita beazam untuk menurunkan berat badan sebanyak 20 kg. Ini adalah matlamat yang boleh diukur. Sebaliknya jika matlamat kita ingin menguruskan badan, ianya sesuatu yang umum dan tidak boleh diukur.
A atau attainable adalah matlamat yang realistik iaitu yang boleh dan mampu kita capai. Umpamanya kita ingin menjadi seorang anggota polis sedangkan kita tidak mempunyai ketinggian yang cukup dan penglihatan yang kabur, ini adalah matlamat yang diluar keupayaan kita.
R atau relevan adalah matlamat yang relevan dengan perinsip dan misi hidup kita. Matlamat yang tidak relevan ini akan mensasarkan kita dari matlamat hidup kita yang lebih jauh dan utama.
T atau time bounde iaitu matlamat yang mempunyai tempoh pencapaiannya. Penetapan tempoh ini penting kerana jika tidak kita akan menjadi umpama sampan yang hanyut tidak berhaluan. Misalnya jika kita berazam untuk khatam Quran sebulan sekali, bermakna kita telah menetapkan matlamat dengan suatu tempoh masa tertentu.
Dengan mengamalkan kaedah SMART ini kita akan dapat memenuhi azam kita setiap tahun kerana konsep SMART menjadikan setiap matlamat kita adalah relevan dan realistik.
No comments:
Post a Comment